Minggu 9 telah membawa kami untuk meneroka alam ghazal dan juga opera cina. Pembentangan dari kedua-dua kumpulan seperti biasa mengandungi objektif seperti sejarah atau asal-usul bagaimana ia di bawa ke dalam negara ini, jenis alat muzik yang digunakan ketika persemabahan dan juga jenis elemen muzik yang terdapat dalam persembahan ghazal dan juga opera cina.
Bagi muzik tradisional ghazal, dikatakan ia berasal dari tanah arab sejak zaman arab jahiliah lagi. Ghazal membawakan muzik dan lagu-lagu melayu yang bertemakan kasih sayang. Di Malaysia, terdapat dua jenis ghazal iaitu ghazal phati di Utara tanah air dan juga Ghazal Johor di Johor. ghazal biasanya dimainkan seiiring dengantarian seperti tarian zapin dan biasanya dipersembahkan di majlis-majlis perkahwinan dan juga majlis berkhatan. Antara alat muzik yang sering mnegiringi persembahan ghazal adalah seperti gambus, violin, gitar, tabla dan harmonium.
Opera cina pula dikatakan telah berkembang sejak abad 3M lagi. Ia merupakan satu persembahan tradisi cina yang dipersembahkan bersama dialog dalam bentuk nyanyian. Persembahan opera cina lebih berkisarkan mengenai perihal kehidupan dalam istana. Seperti yang semua tahu, opera cina memang terkenal dengan keunikan lagu-lagu dan teknik vokal pelakon yang juga penyanyi dalam persembahan tersebut. Antara alat muzik yang sering mengiringi persemabahan opera cina ini adalah saxephone, hawaii guitar, goahu dan banyak lagi alat muzik tradisi kaum cina.
sekian, terima kasih
0 comments:
Post a Comment