Sunday, October 31, 2010

REFLEKSI KESELURUHAN

SALAM...

Setelah 14 minggu bersama di dalam kelas SMP 2252 Muzik Tradisional ini telah 
banyak memberi pengetahuan baru kepada saya dan saya kira rakan-rakan lain juga begitu.  Perasaan ketika pertama kali melangkah masuk ke kelas ini begitu teruja dengan anggapan kami akan di ajar untuk bermain dengan alat-alat muzik seperti yang terdapat di dalam bilik muzik.  Bila tiba minggu kedua ke kelas, kami di beritahu pembelajaran untuk subjek ini akan menggunakan blog. Oh! dalam hati saya 'No problem'. Mungkin pengalaman ketika setup personal blog boleh saya gunakan untuk setup blog subjek ini pula. Nyata, bukanlah senang untuk menghasilkan blog yang baik kerana saya pelajari banyak perkara yang tidak saya ketahui kegunaannya ketika setup personal blog. Dan, ilmu yang diperolehi ketika kelas ini boleh saya gunakan untuk mempersembahkan personal blog dengan lebih menarik lagi. 

Saya cukup berterima kasih kepada pensyarah kerana kesanggupan beliau 
untuk meluangkan masa setiap hari jumaat kepada pelajar-pelajar yang masih
ketinggalan untuk mempelajari mengenai blog kumpulan mahupun individu.  
Akhirnya, terbentuklah blog individu saya dan juga blog kumpulan BORIA kami
walaupun followers tidak memberansangkan...:)



 teeheee


Kami, dari jurusan lain selain muzik juga agak terkejut dengan kerjasama dari 
kawan-kawan yang belajar dalam bidang muzik.  Mereka tidak segan dan 
malas untuk menunjuk ajar kami yang tiada asas dalam bidang muzik. 
Kerjasama dari ahli sesama kumpulan juga amat menggembirakan kerana
walaupun saya bercuti awal dan tidak dapat sama-sama membentang tugasan, 
tetapi kami telah membahagikan kerja yang patut disiapkan. 
Perkataan-perkataan yang tidak pernah saya dengar sebelum ini juga 
telah banyak saya kumpulkan dalam 'kamus' fikiran. 


Permulaan arahan untuk membuat jurnal refleksi saya rasa membebankan kerana
setiap minggu kami perlu berbuat begitu.  Namun, setelah 3 minggu melaluinya saya 
sedar cara begitu sebenarnya boleh di amalkan kerana secara tidak langsung kita
akan membuat ulangkaji untuk pembelajaran minggu tersebut.  Jadi, 2 kali input untuk pembelajaran seminggu untuk satu tajuk. Untungkan.  Jadi, selepas tidak adalah 
istilah belajar 'last minute'.


Kaedah P&P yang diperkenalkan oleh pensyarah yang lain dari yang lain ini amat 
sesuai diamalkan didalam kelas yang bilangan pelajarnya sedikit.  Tumpuan dan perhatian
yang penuh perlu diberikan untuk memotivasikan pelajar yang baru untuk mempelajari pembelajaran berasaskan IT.  Berhubungan di alam maya seperti Facebook dan juga Blog antara pensyarah dan pelajar dan juga pelajar sesama pelajar memberi satu impak yang cepat.  Misalnya untuk menanyakan soalan yang tidak difahami, rakan-rakan lain boleh menolong penjelasan jika pensyarah terlepas pandang dan tidak perlu menunggu kelas yang 
seterusnya minggu hadapan untuk mendapatkan maklum balas.


Kaedah yang digunakan oleh pensyarah dengan mengaitkan isi pembelajaran 
dengan pembelajaran subjek lain juga adalah satu langkah bijak.  Kesinambungan 
dan kaitan yang jelas juga dapat membantu say untuk 'review'
pembelajaran lepas yang sudah 'suam'.



Keseluruhannya, pembelajaran untuk SMP 2252 ini boleh diteruskan pada
masa hadapan dan berharap kaedah yang sedang diperkenalkan oleh
En. Amran ini boleh diterima pakai untuk semua IPTA dan IPTS lain.


















p/s: Sorry Encik Amran, saya lewat hampir 12jam. Harap-harap 'pintu taubat' masih terbuka. Lupa...faktor umur kot.....  :)




 
Teruskan Membaca...

MINGGU 12: JURNAL REFLEKSI

Minggu ini kami dipersembahkan dengan dua lagi kumpulan pembentangan yang membentangkan Muzik Tradisional Opera Cina dan juga Muzik Sabah dan Sarawak.  Sebelum ini pengetahuan mengenai muzik opera Cina sudah ada tetapi tidak mendalami seperti alat muzik da juga kostum. Begitu juga dengan muzik Sabah dan Sarawak.  Pembentangan dari kumpulan Opera Cina merupakan pembentangan kali kedua.  Kumpulan pembentangan Opera Cina menyentuh mengenai pengaruh kedatangan opera Cina ke Tanah Melayu, alat-alat muzik, cara seni persembahan, falsafah yang terdapat dalam kostum dan seni dalam Opera Cina.   Pembentangan kesemua ahli kumpulan memuaskan tetapi 2 ahli yang paling menyerlah yang dapat menghuraikan hasil kerja dengan yakin dan saya kira mereka berjaya menguasai tajuk pembentangan mereka pada kali ini. ialah pembentang pertama dan ketiga. Kefahaman yang tinggi mengenai tajuk pembentangan membuatkan mereka boleh menerangkan dengan terperinci setiap  isi kandungan tugasan.  Menarik juga bila mereka mempersembahkan mengenai wayang Po Te Hi iaitu satu seni wayang yang menggunakan tangan untuk menggerakkan anak patung yang dilukis menyerupai manusia dan dipersembahkan dengan iringan muzik seperti Opera Cina.  Saya kira, pembentangan akan jadi lebih memikat jika mereka mengupas dengan lebih mendalam mengenai wayang ini.  Sesi pembentangan turut di meriahkan lagi dengan video persembahan Opera Cina dan juga  video temuramah ketika mereka menjalankan kajian lapangan.

Sesi seterusnya adalah pembentangan mengenai muzik Sabah dan Sarawak.  Kumpulan ini membincnagkan mengenai sejarah dan kedatangan muzik di Sabah dan Sarawak.  Antara muzik yang di persembahkan adalah Ngajat, Daling-Daling, Sumazau dan lain-lain. Keseluruhannya, pembentangan ini kurang menarik dan banyak perkara tidak disentuh mengenai muzik Sabah dan Sarawak.  Info yang dipaparkan juga tidak terkini.  Yang menjadikan pembentangan ini sedikit menarik apabila tiba bahagian untuk memperkenalkan jenis alat muzik kerana terdapat alat muzik yang di mainkan di Sabah dan Sarawak menggunakan nama lain tetapi di Semenanjung dikenali dengan nama lain.  
Sekian, terima kasih.
Teruskan Membaca...

Saturday, October 9, 2010

MINGGU 11: JURNAL REFLEKSI

Minggu 11 menyaksikan pembentangan kali kedua daripada kumpulan yang memperincikan muzik tradisional Ghazal.  Secara keseluruhannya, pembentangan berjalan dengan baik dan juga isi kandungan pembentangan juga bernas dengan hasil usaha ahli-ahli kumpulan turun padang membuat kajian lapangan.  Mereka boleh menyatakan apa saja mengenai kedua-dua jenis ghazal yang terdpat di Malaysia iaitu ghazal parti dan juga ghazal johor. 

Pembentangan yang sepatutnya dilakukan oleh dua kumpulan pada hari ini tidak dapat diteruskan dengan kumpulan kedua kerana 45minit sebelum tamat kuliah, terdapat segeroombolan pelajar sekolah yang membuat lawatan dan rombongan tersebut juga dibenarkan untuk menyaksikan pembentangan tadi. Maka, berlakulah sesi soal jawab di antara kumpulan pembentang dengan pelajar sekolah dan juga guru-guru mereka yang mungkin kurang pendedahan mengenai muzik tradisional ghazal ini.
Syabas diucapkan kepada kumpulan pembentang dan juga kepada saudari yang terakhir membentang kerana boleh menonjolkan bakat sebenar beliau sebagai bakal guru di hadapan pelajar dan juga guru-guru yang sudah veteran...SEKIAN, TERIMA KASIH.
Teruskan Membaca...

Saturday, October 2, 2010

MINGGU 10: JURNAL REFLEKSI

Salam...

Pembentangan minggu 10 diteruskan lagi dengan dua lagi genre muzik tradisional iaitu Muzik Klasik India dan Muzik Orang Asli.  Secara keseluruhannya, pembentangan kedua-dua kumpulan boleh dikatakan ok.  Namun begitu, terdapat beberapa kelemahan dari segi penyediaan bahan persembahan.  Pembentang muzik klasik india boleh menjadikan pembentangan mereka lebih menarik jika mereka membuat ulangkaji yang lebih mengenai genre muzik ini kerana muzik klasik india adalah salah satu jenis muzik yang diiktiraf dunia kerana keunikan pemain dan juga jenis alat  muzik yang dimainkan.  pembentang yang membentangkan mengenai jenis alat muzik bolehdijadikan contoh kepada pembentang lain kerana pembentang dilihat sebagai seorang yang bersedia dengan bahan yang hendak dibentangkan.

Muzik orang asli juga dibentangakan dengan baik dengan ketiga-tiga pembentang telah melakukan kajian lapangan mereka di muzium orang asli.  Namun, seperti biasa bila melakukan kajian lapangan di muzium, tidak dibenarkan mengambil gambar dan juga menyentuh peralatan yang dipamerkan.  pembentangan juga akan jadi lebih menarik jika pembentang memperincikan  tentang tarian sewang yang sememangnya menjadi tradisi dan adat resam bagi masyarakat orang asli. 
sekian, terima kasih.
Teruskan Membaca...

Saturday, September 25, 2010

MINGGU 9: JURNAL REFLEKSI

assalamualaikum wbt....

Minggu  9 telah membawa kami untuk meneroka alam ghazal dan juga opera cina.  Pembentangan dari kedua-dua kumpulan seperti biasa mengandungi objektif seperti sejarah atau asal-usul bagaimana ia di bawa ke dalam negara ini, jenis alat muzik yang digunakan ketika persemabahan dan juga jenis elemen muzik yang terdapat dalam persembahan ghazal dan juga opera cina.

Bagi muzik tradisional ghazal, dikatakan ia berasal dari tanah arab sejak zaman arab jahiliah lagi. Ghazal membawakan muzik dan lagu-lagu melayu yang bertemakan kasih sayang.  Di Malaysia, terdapat dua jenis ghazal iaitu ghazal phati di Utara tanah air dan juga Ghazal Johor di Johor.  ghazal biasanya dimainkan seiiring dengantarian seperti tarian zapin dan biasanya dipersembahkan di majlis-majlis perkahwinan dan juga majlis berkhatan.  Antara alat muzik yang sering mnegiringi persembahan ghazal adalah seperti gambus, violin, gitar, tabla dan harmonium.

Opera cina pula dikatakan telah berkembang sejak abad 3M lagi.  Ia merupakan satu persembahan tradisi cina yang dipersembahkan bersama dialog dalam bentuk nyanyian.  Persembahan opera cina lebih berkisarkan mengenai perihal kehidupan dalam istana.  Seperti yang semua tahu, opera cina memang terkenal dengan keunikan lagu-lagu dan teknik vokal pelakon yang juga penyanyi dalam persembahan tersebut.  Antara alat muzik yang sering mengiringi persemabahan opera cina ini adalah saxephone, hawaii guitar, goahu dan banyak lagi alat muzik tradisi kaum cina.

sekian, terima kasih
Teruskan Membaca...

Wednesday, September 22, 2010

MINGGU 8: JURNAL REFLEKSI

salam....

Minggu 8 telah melibatkan pembentangan dari kumpulan saya yang telah memilih boria sebagai tajuk tugasan. Boria merupakan salah satu muzik tradisional yang amat popular di sebelah utara semenanjung Malaysia iaitu Pulau Pinang.

Mengikut sejarah, Boria dipersembahkan  untuk memperingati peristiwa Karbala yang meratapi kematian Saidina Hussein r.a. Persembahan boria merangkumi dua segmen iaitu lakonan dan nyanyian. Jika dulu, pelakon boria terdiri daripada lelaki tetapi pada hari ini kaum wanita juga terlibat dengan persembahan ini.

Pembentangan berjalan dengan lancar dan pensyarah juga telah membantu dalam memberikan komen dan panduan yang baik untuk penambaikan isi-isi penting mengenai boria. 

Sebagai rujukan, kami juga telah menggunakan internet untuk mencari sumber dan bahan-bahan yang berkaitan dengan boria.

Pada hari ini, boria telah dipersembahkan dipelbagai tempat bersempenaan dengan pelbagai upacara seperti perkahwinan. Malah, boria juga tidak hanya dipersembahkan di negeri Pulau Pinang sahaja tetapi juga dinegeri-negeri lain berdasarkan permintaan. 

Dari segi alat muzik, boria tidak menetapkan alt muzik khas tetapi pada waktu dahulu antara alat muzik yang sering digunakan ketika persembahan boria adalah violin, gambus, tabla, akordian, tabla dan simbal. Sekarang, beberapa alat muzik moden telah ditambah penggunaannya dalam persembahan boria seiring dengan kemajuan teknologi seperti piano dan gitar mahupun satu set dram.

Sekian, terima kasih.
Teruskan Membaca...

Tuesday, August 24, 2010

MINGGU 7: JURNAL REFLEKSI

Salam... Minggu 7 adalah minggu bermulanya pembentangan untuk kursus ini. Pembentangan di mulakan dengan kumpulan 1 yang mengisahkan sejarah muzik tradisional di Malaysia. Kumpulan 1 telah memulakan sesi pembentangan dengan memberi ringkasan tentang alat muzik dunia tamadun purba. Sesi diteruskan dengan pembentangan mengenai pengaruh India, China, Timur Tengah dalam muzik tradisional melayu. Pembentang juga menghuraikan mengenai pengaruh barat dalam muzik tradisional melayu di Malaysia seperti pengaruh penggunaan alat2 muzik seperti violin dan gitar. Pembentangan juga telah menyentuh mengenai pengaruh dari kepulauan melayu lama dalam muzik tradisional seperti dari Indonesia dan Thailand. Kategori alat muzik seperti kordofon, membranofon dan idiofon juga di terangkan oleh pembentang menjadikan pembentangan bertambah menarik dan kukuh bila disertai dengan fakta-fakta yang memang tidak dapat di sangkal.

Kumpulan 2 pula membentangkan tajuk mengenai Zikir. Dapat dilihat perbezaan zikir mengikut negara dan juga zikir sebenarnya boleh diamalkan pada bila bila masa sahaja. terdapat dua jenis zikir iaitu zikir Qalbi iaitu berzikir di dalam hai dan juga zikir Lisani iaitu berzikir dengan mengucapkannya di mulut. Zikir lebih sinonim dengan tahlil yang biasanya di amalkan di negara kita. Namun, yang menarik perhaian saya mengenai zikir yang di gali oleh kumpulan 2 ini ialah apabila Indonesia mengguunakan zikir ketika menyambut kemerdekaan negara mereka. Hal ini memang berlainan sama sekali dengan negara kita.

Kesimpulannya, pembentangan ini akan memberi ilmu dan pengetahuan kepada kami yang mungkin sebelum ini idak mengetahui perkara-perkara yang dibangkitkan jika tidak ada sesi pembentangan.

sekian, terima kasih.
Teruskan Membaca...
 

BLOG PELAJAR KUMP.A

BLOG PELAJAR KUMP.D

BLOG PELAJAR KUMP.C

SMP2252 DILLAH Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template