Saturday, July 31, 2010

MINGGU 3 : JURNAL REFLEKSI

Assalamualaikum... Salam sejahtera...

Kuliah bagi minggu 3 adalah kuliah pertama saya bagi subjek SMP 2252 ini.  Sudah banyak rasanya ketinggalan dari rakan-rakan sekuliah yang lain.  Dua jam kuliah nyata terasa begitu cepat berlalu kerana kuliah yang di sampaikan menarik dengan kepelbagaian kadah yang digunakan oleh pensyarah untuk memastikan pelajar tidak berasa bosan selama kuliah berjalan.  Istilah-istilah baru banyak diperdengarkan oleh En. Amran kepada kami.   

Kuliah minggu 3 telah membincangkan kaedah untuk mengklasifikasikan muzik tradisional, kategori muzik tradisional di Malaysia dan juga ciri-ciri muzik tradisional di Malaysia.  Konsep adaptational atau penyesuaian dan juga   idiosyncratic iaitu mengekalkan bentuk asal seperti alat permainan gambus yang dimainkan oleh dua negara yang berbeza tetapi masih lagi mempunyai kestabilan unsur dan pengekalan bentuk asal.  Selain itu, kuliah pada kali ini juga mengklasifikasikan alat muzik mengikut negara asal seperti Cina, India dan juga masyarakat Barat.  Muzik barat pula telah dibahagikan 3 kategori bagi alat muzik mereka iaitu perkusi, bertali dan juga tiupan.  

Dalam kuliah ini juga saya telah didedahkan pertembungan muzik tradisional dengan dua tradisi yang berbeza iaitu tradisi besar yang merujuk kepada golongan istana atau pun bangsawan dengan tradisi kecil yang merujuk kepada rakyat biasa yang terdiri daripada orang-orang kampung.  Sesetengah muzik boleh dimainkan dan dipertontonkan kepada tradisi kecil walaupun pada awalnya ia berasal dari tradisi besar.  Seiring dengan peredaran zaman, kini rakyat biasa sudah ramai menceburkan diri dalam sebarang muzik tradisional yang jika dibiarkan mungkin akan terus dilupakan oleh masyarakat kita.

Saya juga dapat mengetahui mengenai ciri-ciri muzik tradisional yang terdiri daripada seni lakon, tarian utama, ensemble genderang dan vokal dan instrumental solo.  Beberapa sesi tayangan video yang melibatkan jenis-jenis muzik tradisional telah dipertontonkan bagi mengukuhkan teori pembelajaran.

secara kesimpulannya, identiti muzik tradisional Malaysia perlu dikekalkan supaya generasi akan datang dapat mewarisi dan mengamalkannya sebagai khazanah negara yang boleh membawa nama negara ke mata asing.  Walaupun timbul pelbagai konflik mengenai identiti muzik tradisional kita, perkara ini tidak dapat menghalang masyarakat kita untuk terus mempersembahkan darah seni yang ada dalam diri mereka.  


ALAT PERMAINAN

REBAB
GAMBUS


GENDANG NOBAT


JENIS MUZIK TRADISIONAL

DRAMA TARI MAK YONG. WATAK PERAN YANG MENGHIBURKAN




DONDANG SAYANG - MELAKA

GHAZAL
p/s : picture kredit to Google
Teruskan Membaca...

MINGGU 2 : JURNAL REFLEKSI

Assalamualaikum wbt...semoga semua berada dalam lindungaNya.


Saya dan beberapa orang lagi kawan-kawan saya adalah satu kumpulan kecil yang tertinggal dua minggu pengajaran. Bukan disengajakan. Kami memulakan pembelajaran pada minggu ketiga. Sedikit ketidakfahaman kerana ada beberapa perkataan yang baru pertama kali kami dengar. Namun, dengan kesungguhan En. Amran untuk memastikan kami yang berapa kerat ini dapat sama-sama bersaing dengan rakan-rakan yang lain, beliau telah mengadakan satu kelas 'extra' selama empat jam setengah. Sampaikan terlambat nak ambil anak beliau dari sekolah :=). 


Kuliah minggu 2 saya bersama kawan-kawan yang beberapa kerat itu telah berlangsung dengan jayanya dengan perasaan yang sungguh harmoni dan aman kerana kami telah menghabiskan masa untuk membuat blog dan juga cover kulliah untuk minggu 2 dalam masa satu jam setengah sahaja.  Hebatkan kami.  pembelajaran kolaboratif juga telah berlaku pada hari itu kerana kami-kami semua tidak ada asas IT untuk membina blog.  Jadi, pertolongan dari rakan-rakan yang ada lebih banyak ilmu akhirnya kami berjaya menghasilkan blog yang meriah.  Oh! tidak lupa terima kasih atas kesudian En. Amran untuk menerima dan mengajar kami semua. En. Amran, ini bodek puji ihlas dari hati ya.  


Berbalik kepada tajuk asal kita ya.  Pembelajaran kuliah 2 telah memberikan saya satu  pendedahan yang baru mengenai dunia muzik tradisional yang sungguh luas.  Selama ini saya hanya berminat dengan irama tradisional yang telah di komersilkan oleh penyanyi terkenal tanah air sahaja.  Setelah mengalami sendiri sesi pembelajaran dalam kelas ini barulah saya tahu apa itu soundscape, budaya muzik, sejarah muzik tradisional, kategori alat muzik dan juga struktur atau konsep muzik tradisional.

Sondscape telah menggabungkan bunyi dan pemandangan. Kita  boleh mengenal pasti bunyi melalui deria pendengaran dan seterusnya kita boleh mengkategorikan bunyi tersebut mengikut kelasnya yang tersendiri.  Budaya muzik terdapat dalam keluarga, daerah, negeri dan juga negara.  Budaya muzik boleh diwarisi melalui bapa kepada anak misalnya.  Lain tempat lainlah budaya muziknya.  Contohnya drama tari mak yong yang dipersembahkan di Kelantan akan berbeza dengan yang dipersembahkan di Terengganu. Sejarah akan menceritakan bagaimana muzik itu dipersembahkan mengikut asal usul.  Dengan menerokai sejarah muzik tradisional ini kita akan ketahui muzik tradisional ini telah lama wujud iaitu di zaman Melayu Proto lagi seterusnya sehinggalah berkembangnya tamadun melayu.   Pelbagai pengaruh dapat kita lihat dalam setiap jenis muzik tradisional kita misalnya dari Arab, India, Thailang dan juga Indonesia.  

Alat muzik juga telah dibahagikan kepada empat kategori iaitu kordofon yang merujuk kepada alat muzik yang menghasilkan bunyi apabila tali ditegangkan.  Membranofon pula menghimpunkan alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui kulit seperti kompang.  Kategori yang ketiga pula aerofon yang merujuk kepada alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui lubang udara seperti harmonika dan terakhir sekali ialah idiofon yang menghasilkan bunyi melalui tindak balas melalui rangka yang bergema.

Struktur muzik pula terbahagi kepada enam bahagian iaitu melodi iaitu irama sesutu lagu yang boleh dihasilkan dari arah atas ke bawah atau sebaliknya, ritma iaitu nada tetap yang menggerakkan sesuatu lagu dan mempunyai detik yang berkala, harmoni iaitu bunyi yang dihasilkan melalui ton muzik, bentuk iaitu susunan unsur-unsur muzik yang boleh berlaku pengulangan seperti A, A, B, A, notasi pula adalah simbol bertulis yang akan memberitahu  bunyi pendek dan panjang pada sesuatu simbol itu dan ekspresi ialah melibatkan mood dan oerasaan yang mengikut tempo.

Sesi P&P yang dijalankan amat menarik kerana contoh-contoh yang dipersembahkan berbentuk tayangan akan memberi kesan ingatan jangka panjang.  Secara keseluruhannya, muzik tradisional bukanlah sesuatu yang membosankan kerana banyak perkara yang dapat kita pelajari dan aplikasikan jika benar-benar berminat untuk mempelajarinya.  Muzik begini juga jika dihayati memberikan rasa tenang dan menimbulkan satu semangat untuk mempelajari warisan nenek moyang agar tidak terus berkubur di bawa arus zaman.


Sekian, terima kasih.
Teruskan Membaca...

Friday, July 30, 2010

BIODATA



Nama : Wan Fadillah Wan Hamat
No Matriks : D20072031385
Program : Pengajian Malaysia dengan Pendidikan
Kumpulan : A
Semester : Enam (6) / Semester 1 2010/2011
Subjek : SMP 2252 – Muzik Tradisional
Email : fadillahwan@gmail.com
Alamat Blog : http://smp2252dillah.blogspot.com/
Negeri Asal : Kelantan
Teruskan Membaca...
 

BLOG PELAJAR KUMP.A

BLOG PELAJAR KUMP.D

BLOG PELAJAR KUMP.C

SMP2252 DILLAH Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template