Minggu 11 menyaksikan pembentangan kali kedua daripada kumpulan yang memperincikan muzik tradisional Ghazal. Secara keseluruhannya, pembentangan berjalan dengan baik dan juga isi kandungan pembentangan juga bernas dengan hasil usaha ahli-ahli kumpulan turun padang membuat kajian lapangan. Mereka boleh menyatakan apa saja mengenai kedua-dua jenis ghazal yang terdpat di Malaysia iaitu ghazal parti dan juga ghazal johor.
Pembentangan yang sepatutnya dilakukan oleh dua kumpulan pada hari ini tidak dapat diteruskan dengan kumpulan kedua kerana 45minit sebelum tamat kuliah, terdapat segeroombolan pelajar sekolah yang membuat lawatan dan rombongan tersebut juga dibenarkan untuk menyaksikan pembentangan tadi. Maka, berlakulah sesi soal jawab di antara kumpulan pembentang dengan pelajar sekolah dan juga guru-guru mereka yang mungkin kurang pendedahan mengenai muzik tradisional ghazal ini.
Syabas diucapkan kepada kumpulan pembentang dan juga kepada saudari yang terakhir membentang kerana boleh menonjolkan bakat sebenar beliau sebagai bakal guru di hadapan pelajar dan juga guru-guru yang sudah veteran...SEKIAN, TERIMA KASIH.
Pembentangan minggu 10 diteruskan lagi dengan dua lagi genre muzik tradisional iaitu Muzik Klasik India dan Muzik Orang Asli. Secara keseluruhannya, pembentangan kedua-dua kumpulan boleh dikatakan ok. Namun begitu, terdapat beberapa kelemahan dari segi penyediaan bahan persembahan. Pembentang muzik klasik india boleh menjadikan pembentangan mereka lebih menarik jika mereka membuat ulangkaji yang lebih mengenai genre muzik ini kerana muzik klasik india adalah salah satu jenis muzik yang diiktiraf dunia kerana keunikan pemain dan juga jenis alat muzik yang dimainkan. pembentang yang membentangkan mengenai jenis alat muzik bolehdijadikan contoh kepada pembentang lain kerana pembentang dilihat sebagai seorang yang bersedia dengan bahan yang hendak dibentangkan.
Muzik orang asli juga dibentangakan dengan baik dengan ketiga-tiga pembentang telah melakukan kajian lapangan mereka di muzium orang asli. Namun, seperti biasa bila melakukan kajian lapangan di muzium, tidak dibenarkan mengambil gambar dan juga menyentuh peralatan yang dipamerkan. pembentangan juga akan jadi lebih menarik jika pembentang memperincikan tentang tarian sewang yang sememangnya menjadi tradisi dan adat resam bagi masyarakat orang asli.
Minggu 9 telah membawa kami untuk meneroka alam ghazal dan juga opera cina. Pembentangan dari kedua-dua kumpulan seperti biasa mengandungi objektif seperti sejarah atau asal-usul bagaimana ia di bawa ke dalam negara ini, jenis alat muzik yang digunakan ketika persemabahan dan juga jenis elemen muzik yang terdapat dalam persembahan ghazal dan juga opera cina.
Bagi muzik tradisional ghazal, dikatakan ia berasal dari tanah arab sejak zaman arab jahiliah lagi. Ghazal membawakan muzik dan lagu-lagu melayu yang bertemakan kasih sayang. Di Malaysia, terdapat dua jenis ghazal iaitu ghazal phati di Utara tanah air dan juga Ghazal Johor di Johor. ghazal biasanya dimainkan seiiring dengantarian seperti tarian zapin dan biasanya dipersembahkan di majlis-majlis perkahwinan dan juga majlis berkhatan. Antara alat muzik yang sering mnegiringi persembahan ghazal adalah seperti gambus, violin, gitar, tabla dan harmonium.
Opera cina pula dikatakan telah berkembang sejak abad 3M lagi. Ia merupakan satu persembahan tradisi cina yang dipersembahkan bersama dialog dalam bentuk nyanyian. Persembahan opera cina lebih berkisarkan mengenai perihal kehidupan dalam istana. Seperti yang semua tahu, opera cina memang terkenal dengan keunikan lagu-lagu dan teknik vokal pelakon yang juga penyanyi dalam persembahan tersebut. Antara alat muzik yang sering mengiringi persemabahan opera cina ini adalah saxephone, hawaii guitar, goahu dan banyak lagi alat muzik tradisi kaum cina.
Minggu 8 telah melibatkan pembentangan dari kumpulan saya yang telah memilih boria sebagai tajuk tugasan. Boria merupakan salah satu muzik tradisional yang amat popular di sebelah utara semenanjung Malaysia iaitu Pulau Pinang.
Mengikut sejarah, Boria dipersembahkanuntuk memperingati peristiwa Karbala yang meratapi kematian Saidina Hussein r.a. Persembahan boria merangkumi dua segmen iaitu lakonan dan nyanyian. Jika dulu, pelakon boria terdiri daripada lelaki tetapi pada hari ini kaum wanita juga terlibat dengan persembahan ini.
Pembentangan berjalan dengan lancar dan pensyarah juga telah membantu dalam memberikan komen dan panduan yang baik untuk penambaikan isi-isi penting mengenai boria. Sebagai rujukan, kami juga telah menggunakan internet untuk mencari sumber dan bahan-bahan yang berkaitan dengan boria.
Pada hari ini, boria telah dipersembahkan dipelbagai tempat bersempenaan dengan pelbagai upacara seperti perkahwinan. Malah, boria juga tidak hanya dipersembahkan di negeri Pulau Pinang sahaja tetapi juga dinegeri-negeri lain berdasarkan permintaan. Dari segi alat muzik, boria tidak menetapkan alt muzik khas tetapi pada waktu dahulu antara alat muzik yang sering digunakan ketika persembahan boria adalah violin, gambus, tabla, akordian, tabla dan simbal. Sekarang, beberapa alat muzik moden telah ditambah penggunaannya dalam persembahan boria seiring dengan kemajuan teknologi seperti piano dan gitar mahupun satu set dram. Sekian, terima kasih.
Salam... Minggu 7 adalah minggu bermulanya pembentangan untuk kursus ini. Pembentangan di mulakan dengan kumpulan 1 yang mengisahkan sejarah muzik tradisional di Malaysia. Kumpulan 1 telah memulakan sesi pembentangan dengan memberi ringkasan tentang alat muzik dunia tamadun purba. Sesi diteruskan dengan pembentangan mengenai pengaruh India, China, Timur Tengah dalam muzik tradisional melayu. Pembentang juga menghuraikan mengenai pengaruh barat dalam muzik tradisional melayu di Malaysia seperti pengaruh penggunaan alat2 muzik seperti violin dan gitar. Pembentangan juga telah menyentuh mengenai pengaruh dari kepulauan melayu lama dalam muzik tradisional seperti dari Indonesia dan Thailand. Kategori alat muzik seperti kordofon, membranofon dan idiofon juga di terangkan oleh pembentang menjadikan pembentangan bertambah menarik dan kukuh bila disertai dengan fakta-fakta yang memang tidak dapat di sangkal.
Kumpulan 2 pula membentangkan tajuk mengenai Zikir. Dapat dilihat perbezaan zikir mengikut negara dan juga zikir sebenarnya boleh diamalkan pada bila bila masa sahaja. terdapat dua jenis zikir iaitu zikir Qalbi iaitu berzikir di dalam hai dan juga zikir Lisani iaitu berzikir dengan mengucapkannya di mulut. Zikir lebih sinonim dengan tahlil yang biasanya di amalkan di negara kita. Namun, yang menarik perhaian saya mengenai zikir yang di gali oleh kumpulan 2 ini ialah apabila Indonesia mengguunakan zikir ketika menyambut kemerdekaan negara mereka. Hal ini memang berlainan sama sekali dengan negara kita.
Kesimpulannya, pembentangan ini akan memberi ilmu dan pengetahuan kepada kami yang mungkin sebelum ini idak mengetahui perkara-perkara yang dibangkitkan jika tidak ada sesi pembentangan.
Salam Ramadhan kepada En. Amran dan rakan-rakan sekuliah...
Nyata masa begitu cepat berlalu hingga tidak sedar minggu ini sudah masuk kuliah ke-6 untuk subjek ini. Seperti kuliah-kuliah yang lepas pendekatan yang di gunakan amat menarik bagi memastikan kami-kami generasi muda hari ini lebih berminat untuk mempelajari muzik tradisional yang saya kira jika kaedah yang digunakan juga bersifat tradisional, mungkin tidak sampai minggu ke-6 saya bertahan untuk kuliah subjek muzik tradisional.
Minggu ini kami didedahkan dengan dua lagi jenis muzik tradisional iaitu makyung dan kompang. saya kira tidak menjadi masalah bagi saya untuk belajar mengenai makyung kerana pernah berkuliah mengenainya dulu. tapi, saya pun tak tahu kenapa saya 'lost' bila en.amran menyuruh saya bercerita mengenai makyung ini. mungkin jawapannya sesuai dengan soalan debat. perlu diberi pembaharuan/dikontemporarikan muzik tradisional supaya golongan muda mudi berminat untuk mempelajarinya. kalau tidak, jadi lah macam saya ni belajar untuk lulus sahaja...
oke. kita ke agenda yang betul. refleksi. objektif untuk kuliah makyung adalah untuk mengetahui sejarah makyung, persembahan dan alat muzik makyung serta bentuk dan irama dalam muzik makyung. makyung bermula di patani dan mula tersebar luar di semenanjung, medan dan kepulauan riau. kira-kira 200 tahun dahulu makyung telah tersebar ke negeri kelantan ketika pemerintahan sultan mahmud IV dan merebak pula ke kedah. namun, makyung di negeri kelantan lebih dikenali berbanding dengan makyung negeri lain. alat muzik utama makyung adalah rebab, tetawak dan gendang. sekarang, semua watak dalam persembahan makyung dilakonkan oleh kaum wanita walaupun sebagai watak pakyung. mungkin watak peran sahaja yang dimainkan oleh lelaki. mengadap rebab adalah lagu pembuka pentas bagi ensembel makyung. rebab merupakan alat muzik yang di mainkan untuk melodi lagu makyung. manakala sistem gongan dalam makyung menggunakan 8 bit, 16 bit dan 32 bit. irama makyung pula 'pak, duh. cak dan ting. dahulu, makyung dimainkan untuk mengubati penyakit dan penyembahan guru. persembahan makyung di mainkan di lantai yang tidak di bina pentas. kumpulan persembahan akan berada ditengah lantai. begitu juga pemuzik. penonton akan mengelilingi kumpulan persembahan tersebut. setelah di kormesilkan barulah makyung di persembahkan di atas pentas.
kuliah kedua minggu 6 adalah mengenai kompang. dikatakan, kompang berasal dari Arab yang juga dikenali dengan nama dufuf, duff, daff, tar atau bendir. terdapat tiga jenis persembahan kompang iaitu kompang formasi, kompang selawat dan kompang ezhar. kompang di bawa oleh pedagang Arab ke nusantara yang di mainkan untuk menarik perhatian pembeli dan kemudian ia menjadi ikutan masyarakat setempat. terdapat beberapa pantang larang ketika bermain kompang iaitu tidak boleh melambung kompang, tidak boleh menelentang dan juga dari segi pakaian juga perlu dititkberatkan kerana pada kebiasaannya pakaian kumpulan kompang adalah sama. kompang boleh dimainkan pada tiga kedudukan iaitu duduk, berdiri dan berjalan. permukaan kompang di jadikan daripada kulit kambing betina. kompang terdapat dalam pelbagai saiz. kompang perlu di simpan dengan cara yang betul iaitu permukaan kompang perlu mengadap dengan permukaan kompang lain bagi mengelakkan permukaan tersebut rosak. kompang banyak dimainkan untuk majlis-majlis seperti kenduri dan berkhatan. terdapat tiga paluan digabungkan untuk menghasilkan bunyi yang menarik dan sedap didengar iaitu melalu, menyilang dan meningkah.
20 minit sebelum kuliah tamat, kami di ajar cara bbermain kompang oleh pensyarah dan di bantu oleh rakan major muzik. bagi saya ia adalah pengalaman pertama. sebelum ini saya hanya sebagai penonton sahaja. pengalaman pertama memegang kompang. berat jugak kompang ni. saya sangkakan ringan sahaja. 20 minit memegang kompang terasa sakit la jugak di pergelangan tangan. mungkin sebab tidak biasa kot. tapi, ia memang satu pengalaman baru yang best la. di tambah dengan rakan-rakan sekuliah yang sporting.
Setelah 5 minggu berkuliah ala-ala hidup di zaman dulu kala kuliah minggu ini sangat menyeronokkan dan terhibur. Terima kasih kepada kengkawan major muzik sebab sudi mentor walaupun masa semput sangat. Ok. Berbalik kepada tujuan asal posting kali ni.
Minggu ni kami didedahkan kepada dua jenis muzik tradisional iaitu gamlen dan juga cak lempong. Pertama, kita berkenalan dengan muzik gemelan dahulu ya. Objektif P&P bagi gamelan ini ialah mengetahui jenis-jenis gamelan, alat muzik yang dimainkan dalam muzik gamelan dan juga sistem tonal, melodi, bentuk dan tekstur muzik gamelan.
Gamelan dikategorikan sebagai muzik bentuk tarian utama kerana terdapat tarian yang akan mengiringi muzik gamelan ini seperti tarian asyik. Muzik gamelan terbahagi kepada gamelan melayu dan gemelan jawa. Gamelan Melayu terkenal di negeri Terengganu. Menurut sejarah asal gamelan Melayu, muzik ini dibawa ke negeri Terengganu melalui perkahwinan keluarga Di Raja Riau dengan keluarga Di Raja Pahang dan seterusnya perkahwinan antara kerabat Di Raja Pahang dengan kerabat Di Raja Terengganu. Muzik ini dimainkan secara serius oleh Tengku Ampuan Mariam dan di turunkan kepada cucu cicitnya. Di zaman dahulu, pembelajaran mengenai tarian muzik gamelan ini diperturunkan melalui lukisan pergerakan tarian kerana belum wujud lagi sistem tulisan yang boleh menterjemahkan pergerakan tersebut. Jenis alat muzik yang dimainkan untuk mengiringi muzik tradisional ialah adalah seperti gong, bonang barong, kenong, sarong penerus, sarong demong, gambang, sarong barong dan gendang. Antara lagu-lagu yang popular yang dimainkan untuk muzik gamelan ini adalah seperti lagu 'Timang Burung', 'Lambang Sari', 'Togok' dan 'Perang Manggong'. Muzik Gamelan Melayu ini pada dahulu kala dimainkan di istana ketika mengiringi perkahwinan antara Sultan Sulaiman dan Tengku Mariam di Istana Maziah, Kuala Terengganu.
Gamelan Jawa pula dikatakan berasal di Pulau Jawa Tengah yang dibawa oleh orang-orang Jawa ke Semenanjung ketika penjajahan Eropah. Gamelan ini boleh didapati di Johor, Selangor dan Wilayah Persekutuan. Alat muzik gamelan Jawa ini lebih kompleks berbanding dengan gamelan Melayu. Antara alat muzik yang digunakan adalah bonang, gendang, demung, saron barung, sarun penerus, gambang, kenong, kempol dan gong.
Gamelan adalah ensembel musik yang biasanya menonjolkan metalofon, gambang, gendang, dan gong. Orkes gamelan kebanyakan terdapat di pulau Jawa, Madura, Bali, dan Lombok di Indonesia dalam berbagai jenis ukuran dan bentuk ensemble.
Dahulu kala muzik ini tidak dipelajari secara formal. Ia dipelajari melalui pendengaran yang bermula dengan perkara yang lebih mudah hingga ke kompleks. Namun, setelah awal abad ke-19 barulah sistem nombor diperkenalkan dan ia kekal hingga ke hari ini.
alat muzik gamelan
Bonang
* all picture credit to http://eksplorasi-dunia.blogspot.com
Muzik Cak lempong dikatakan telah dibawa ke Tanah Melayu oleh masyarakat Minangkabau dari Sumatera Barat yang meneteap di Negeri Sembilan seawall kurun ke 14. Masyarakat Minangkabau memanggil caklempong sebagai talempong ( Sumber: Abd Samad Isrid,1970)
Bagi masyarakat Minang, Caklempong mempunyai peranan penting dalam kehidupan seharian masyarakatnya seperti menyatupadukan penduduk setempat dan dimainkan semasa pertabalan Sultan. Hari ini, Caklempong dimainkan untuk pelbagai tujuan seperti upacara perkahwinan, perasmian, keraian, iringan pencak silat dan juga iringan tarian.
Antara alat muzik yang mengiringi Caklempong adalah boning, gereteh, tingkah, sauwa, gendang ibu dan anak, bangsi dan serunai.
SOAL SELIDIK PENDEKATAN P&P PENSYARAH SMP2252
-
Salam sejahtera. Terima kasih kerana sudi memberikan kerjasama untuk
mengisi soal selidik ini. Ianya mengandungi 8 soalan pilihan dan 4 soalan
terbuka. B...
JURNAL REFLEKSI KESELURUHAN
-
Assalammualaikum dan selamat sejahtera kepada semua. Setelah 14 minggu
dalam tempoh kuliah, akhirnya kelas SMP2252 Muzik Tradisional Malaysia
berakhir deng...
Jurnal Refleksi: Minggu ke 14
-
Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera
Salam diucapkan kepada semua rakan-rakan dan kepada pensyarah kita En.
Amran. Ini merupakan jurnal terakhir da...
Jurnal Refleksi : Minggu 14
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Syukur ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurniaNya sampai jua kita
ke minggu terakhir bagi kursus SMP 2252. Pel...
Jurnal Refleksi: Minggu ke 14
-
Salam diucapkan kepada semua rakan-rakan dan kepada pensyarah kita En.
Amran. Ini merupakan jurnal terakhir dan menandakan berakhirnya kuliah pada
minggu k...
JURNAL REFLEKSI KESELURUHAN
-
Salam..
Jurnal refleksi pada minggu ini adalah mengenai keseluruhan pembelajaran
Muzik tradisional pada semester ini. Sepanjang mempelajarinya selama 14
m...
JURNAL REFLEKSI KESELURUHAN MINGGU
-
Assalammualaikum wbt
Masa berlalu begitu pantas sekali. Sudah 14 minggu kita berkuliah dalam
sesi pengajaran Encik Amran. Sudah tentu banyak pengisian yang...
Minggu 14 : Jurnal Refleksi Keseluruhan
-
Assalamualaikum dan selamat sejahtera....
Kuliah pada minggu kedua terakhir (Minggu 13) dan juga pada minggu terakhir
(Minggu 14) Semester I sesi 2010/20...
HADIAH KEPADA KAWAN2
-
Ditujukan khas kepada kawan SMP2252 YA.. Kualiti tak berapa bagus sebab
kali pertama saya buat slideshow..hahah.. Semoga semua orang akan berjaya
dalam pep...
Refleksi Minggu Ke-14
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera....
Alhamdulilah kerana kuliah bagi SMP2252 telah pun berakhir, jutaan terima
kasih kepada pensyarah pembimbing iaitu En...
Jurnal Refleksi Minggu 14
-
Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Kuliah pada minggu 14 ini adalah
berkenaan dengan muzik tarian singa. Dalam tajuk ini beberapa perkara telah
dibinca...
Minggu 14: Jurnal Refleksi
-
Salam.....syukur alhamdulillah tanpa sedari kita akhirnya di penghujung
bicara. Selama 14 minggu, saya mengikuti kelas muzik tradisional smp2252
banyak p...
minggu 14 : Jurnal Refleksi
-
Assalamualaikum dan salam muhibah semua...
Pada minggu ini, pembentangan diteruskan dengan tajuk 'tarian singa'.
Tarian singa ini adalah satu adat warisan...
JURNAL REFLEKSI MINGGU 14
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua, tanpa kita sedari, telah
14 minggu kita semua bersama menelusuri ilmu berkaitan dengan muzik
tradisiona...
Jurnal Refleksi : Minggu 14
-
Refleksi pada minggu ini merupakan refleksi minggu yang terakhir bagi kelas
SMP 2252. Terdapat banyak perkara baru yang diperoleh selama 14 minggu
menye...
Minggu 14 : Jurnal Refleksi
-
Pada minggu ke 14 adalah minggu yang terakhir dalam kursus ini, banyak
perkara yang kami perolehi setelah mengikuti kursus ini hingga ke akhir
kursus ini. ...
MINGGU 14:JURNAL REFLEKSI
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua terutama pensyarah kita,
En. Amran Aris. Pejam celik pejam celik, rupanya sudah sampai minggu ke-14
dan mi...
MINGGU 14 :JURNAL REFLEKSI
-
Assalamualaikum kepada pensyarah dan kawan-kawan semua. Minggu ini
merupakan mingg yang terakhir kita belajar berkenaan dengan muzik
tradisional. pada ming...
Minggu 14 : Jurnal Refleksi
-
Salam diucapkan kepada En. Amran dan semua rakan-rakan kuliah SMP2252.
Sepertimana malam melabuhkan tirainya begitulah juga kita kini sudah berada
di pengh...
MINGGU 13:JURNAL REFLEKSI
-
Assalamualaikum.
Setiap perjalanan hidup adalah pengalaman. Setiap pengalaman itu adalah
pengetahuan. Setiap pengetahuan bermakna kepandaian dan setiap ke...
MINGGU14: JURNAL REFLEKSI
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera.....
Sedar tak sedar, diam tak diam , akhirnya kita telah berada di minggu yang
terakhir kuliah bagi semester 1 sesi 20...
Reflesksi Keseluruhan
-
Sudah 14 minggu bersama dalam mengikuti kuliah muzik tradisional. Pelbagai
reaksi dan gelagat melalui pembelaran kursus ini. Pembelajaran dalam
kuliah-kuli...
Minggu 11 : Jurnal Refleksi
-
Assalamualaikum....
Pada minggu ini, kumpulan yang terbabit membentangkan mengenai tajuk
Ghazal. Pembentangan kali ini adalah untuk kali yang kedua buat kum...
JURNAL REFLEKSI
-
Bunyi adalah penting dalam mencipta sesuatu irama di dalam muzik. Dengan
menyusun bunyi yang betul maka akan terbinanya muzik itu. Bunyi yang
terhasil ada...
BIODATA
-
NAMA : MOHAMAD KHAZIL BIN WASLI
NO.MATRIK : D20072031485
PROGRAM : PENGAJIAN MALAYSIA DENGAN PENDIDIKAN
KUMPULAN : A
SEMESTER : 6
SUBJEK : SMP2252-MALAYSIAN...
Minggu 14: Jurnal Refleksi
-
*Salam Warisan...Salam Permai Bumi Tuhan...*Jurnal Refleksi pada minggu
terakhir ini adalah berkaitan tajuk kuliah yang disampaikan oleh pensyarah
iaitu...
JURNAL MINGGU KE-14
-
Tarian singa, pada minggu ke 14 vkita telah diajar mengenai tarian singa
dalam budaya masyarakat cina, dalam masyarakat cina tarian cina selalunya
dimainka...
refleksi jurnal : minggu ke 14
-
Salam Lembaran minggu ke 14
Di kuliah ini kami ditunjuk dan dipersembahkan berkaitan suatu kesenian
yang berkisarkan tentang tarian singa.Tarian ini adalah...
Jurnal Refleksi : Minggu 14
-
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia..
Setelah 14 minggu mengikuti kursus muzik tradisional malaysia,saya dapat
membuat kesimpulan bahawa kuliah ini banyak...
MINGGU 14: REFLEKSI KESELURUHAN
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera diucapkan kepada pensyarah En Amran dan
rakan-rakan sekalian. Sedar tidak sedar kita sudah sampai ke akhir kuliah
Mu...
Minggu 13 : Jurnal Refleksi
-
Salam Sejahtera kepada semua warga SMP 2252. Jurnal refleksi ini merupakan
jurnal yang terakhir untuk kursus ini. Dalam minggu yang terakhir ini,
tajuk yan...
Minggu 13 : Jurnal Refleksi Terakhir
-
Ini merupakan minggu terakhir bagi kelas SMP 2252 Muzik Tradisional. Saya
yakin bahawa semua pelajar dalam kelas ini berasa sedih kerana kela ini
telah pun...
Minggu ke-13 : Jurnal Refleksi
-
Salam Sejahtera saya ucapkan.........................................
Dalam kuliah minggu ini, kami diperkenalkan dengan tarian singa yang
berasal dari tra...
MINGGU 14 REFLEKSI JURNAL
-
Assalamualaikum w.t.b…
Sampai sudah kita di penghujung kuliah. Walaupun terpancar rasa gembira
pada wajah pelajar SMP2252 tetapi perasaan sedih tidak dapa...
MINGGU 14 : JURNAL REFLEKSI
-
Sedar atau tidak kita sudah sampai ke minggu ke 14, ini bermakna ini adalah
minggu terakhir dan selepas ini, kami semua akan menduduki perperiksaan
akhir. ...
JURNAL REFLEKSI: MINGGU KE TIGA BELAS
-
Salam Sejahtera..
Subjek muzik tradisional Malaysia merupakan satu subjek yang memberikan
banyak pengetahuan tentang bidang muzik tradisional. Disamping pe...
MINGGU 13 ;JURNAL REFLEKSI
-
Assalammualaikum dan salam perpisahan buat rakan-rakan blog...
Bertemu kembali kita di dalam refleksi jurnal minggu ketiga belas dan
ternyata minggu ini m...
RUMUSAN KULIAH
-
Assalamualikum w.b.t dan Salam Sejahtera.
Kini telah tiba waktu perpisahan antara semua pelajar SMP 2252 Muzik
Tradisional. Saya yakin dan percaya pasti r...
JURNAL REFLEKSI KE-14
-
Assalamualaikum dan salam 1 Malaysia..
Sedar atau tidak kita telah sampai ke penghujung minggu iaitu minggu ke-14
di semester ini. Pada minggu ke-14, kulia...
Minggu 14: Jurnal Refleksi
-
Asalamualaikum w.b.t, salam 1 Malaysia dan Salam Perpisahan buat
rakan-rakan SMP2252 (Muzik Tradisional Malaysia)serta pensyarah En Amran
Aris
Pertamanya ...
MINGGU 14 : JURNAL REFLEKSI
-
Assalamualaikum dan Salam Sejahtera
Refleksi pada minggu ini merupakan refleksi minggu terakhir yang mengajak
saya untuk mengulas mengenai keseluruhan ta...
JURNAL REFLEKSI : MINGGU 14
-
Salam satu Malaysia semua...
Sesi pembelajaran sudah sampai ke penghujungnya, rasa seperti kuliah baru
saja bermula...Apa pun kuliah tetap berjalan seperti...
JURNAL REFLEKSI : MINGGU 13
-
Salam 1 Malaysia..Sedar tak sedar kita sudah masuk ke minggu terakhir pada
semester ini. Kita telah berjaya menghabiskan kursus SMP2252 ini. Selama 14
ming...
MINGGU 13: JURNAL REFLEKSI
-
Assalamua'laikum dan Salam Sejahtera...
Untuk pengetahuan semua, minggu ke-13 merupakan minggu yang terakhir bagi
sesi pembelajaran subjek Malaysian Tra...
Minggu 13: Jurnal Refleksi Keseluruhan
-
Assalamualaikum w.b.t
Kuliah terakhir pada minggu tersebut adalah mengenai tarian Singa. Tarian
ini sangat comel bagi saya kerana kostum singa yang digunak...
Minggu 13: Jurnal Refleksi
-
Selamat sejahtera......
Sedar tak sedar kita sudah masuk ke minggu terakhir pada semester ini. Kita
telah berjaya menghabiskan kursus SMP2252 ini. Selama ...
JURNAL REFLEKSI : MINGGU 13
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada rakan-rakan seperjuangan dan
pensyarah yang disayangi.Pada minggu ini merupakan minggu yang terakhir
kuliah bagi...
MINGGU 13: JURNAL REFLEKSI
-
Selamat sejahtera dan salam perpaduan dan salam 1 Malaysia...
Sebelum memulakan apa-apa bicara, saya ingin mengucap syukur kerana berjaya
menghabiskan su...
Jurnal Refleksi : minggu 13
-
salam... minggu ini merupakan minggu terakhir sesi pembelajaran pada
semester ini. terlalu pantas masa berlalu. saya berasa sangat
seronokksejaki kerana da...
MINGGU 14 : JURNAL REFLEKSI
-
Salam satu Malaysia semua...
Sesi pembelajaran sudah sampai ke penghujungnya, rasa seperti kuliah baru
saja bermula...Apa pun kuliah tetap berjalan seper...
MINGGU 14: REFLEKSI KESELURUHAN
-
Assalamualaikum wbt
Setelah 14 minggu menghadapi kuliah muzik tradisional ini akhirnya
sampailah di penghujung kuliah. Walaupun ada diantara kelas saya yan...
Jurnal Refleksi Minggu Ke 14
-
Pada minggu ini saya berasa sedih sekali kerana ini adalah kuliah terakhir
kami bersama En amran. Pada pandangan saya kelas ini memerikan informasi
yang ba...
JURNAL REFLEKSI : MINGGU 14
-
Assalamualaikum w.b.t dan Selamat Sejahtera kepada semua..
Di hari terakhir kuliah kami..saya rasa saya bakal rindu akan setiap
kenangan dan pembentangan d...
MINGGU 13 : JURNAL REFLEKSI
-
Assalammualaikum & salam sejahtera...=)
Kuliah pada minggu ini adalah kuliah yang terakhir bagi saya serta
rakan-rakan yang lain. Terasa masa berlalu begit...
Minggu 14 : Jurnal Refleksi
-
Assalamualaikum w.b.t.
Kesedihan pasti menyelubungi setiap sanubari rakan-rakan semua termasuklah
saya kerana pada minggu ini merupakan kuliah yang terakhi...
Jurnal Refleksi Minggu-13
-
Assalamualaikum
Salam sejahtera kepada semua mahasiswa/mahasiswi SMP2252
( Traditional Music)
Secara keseluruhannya, pelaksanaan kuliah SPM2252 adalah anta...
Jurnal Refleksi: Minggu 13
-
Salam 1 Malaysia..
Bertemu kembali untuk kali terakhirnya. Minggu ini merupakan kuliah yang
terakhir bagi kursus smp2252. Sedih rasanya kerana sudah tamat ...