Saya dan beberapa orang lagi kawan-kawan saya adalah satu kumpulan kecil yang tertinggal dua minggu pengajaran. Bukan disengajakan. Kami memulakan pembelajaran pada minggu ketiga. Sedikit ketidakfahaman kerana ada beberapa perkataan yang baru pertama kali kami dengar. Namun, dengan kesungguhan En. Amran untuk memastikan kami yang berapa kerat ini dapat sama-sama bersaing dengan rakan-rakan yang lain, beliau telah mengadakan satu kelas 'extra' selama empat jam setengah. Sampaikan terlambat nak ambil anak beliau dari sekolah :=).
Kuliah minggu 2 saya bersama kawan-kawan yang beberapa kerat itu telah berlangsung dengan jayanya dengan perasaan yang sungguh harmoni dan aman kerana kami telah menghabiskan masa untuk membuat blog dan juga cover kulliah untuk minggu 2 dalam masa satu jam setengah sahaja. Hebatkan kami. pembelajaran kolaboratif juga telah berlaku pada hari itu kerana kami-kami semua tidak ada asas IT untuk membina blog. Jadi, pertolongan dari rakan-rakan yang ada
Berbalik kepada tajuk asal kita ya. Pembelajaran kuliah 2 telah memberikan saya satu pendedahan yang baru mengenai dunia muzik tradisional yang sungguh luas. Selama ini saya hanya berminat dengan irama tradisional yang telah di komersilkan oleh penyanyi terkenal tanah air sahaja. Setelah mengalami sendiri sesi pembelajaran dalam kelas ini barulah saya tahu apa itu soundscape, budaya muzik, sejarah muzik tradisional, kategori alat muzik dan juga struktur atau konsep muzik tradisional.
Sondscape telah menggabungkan bunyi dan pemandangan. Kita boleh mengenal pasti bunyi melalui deria pendengaran dan seterusnya kita boleh mengkategorikan bunyi tersebut mengikut kelasnya yang tersendiri. Budaya muzik terdapat dalam keluarga, daerah, negeri dan juga negara. Budaya muzik boleh diwarisi melalui bapa kepada anak misalnya. Lain tempat lainlah budaya muziknya. Contohnya drama tari mak yong yang dipersembahkan di Kelantan akan berbeza dengan yang dipersembahkan di Terengganu. Sejarah akan menceritakan bagaimana muzik itu dipersembahkan mengikut asal usul. Dengan menerokai sejarah muzik tradisional ini kita akan ketahui muzik tradisional ini telah lama wujud iaitu di zaman Melayu Proto lagi seterusnya sehinggalah berkembangnya tamadun melayu. Pelbagai pengaruh dapat kita lihat dalam setiap jenis muzik tradisional kita misalnya dari Arab, India, Thailang dan juga Indonesia.
Alat muzik juga telah dibahagikan kepada empat kategori iaitu kordofon yang merujuk kepada alat muzik yang menghasilkan bunyi apabila tali ditegangkan. Membranofon pula menghimpunkan alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui kulit seperti kompang. Kategori yang ketiga pula aerofon yang merujuk kepada alat muzik yang menghasilkan bunyi melalui lubang udara seperti harmonika dan terakhir sekali ialah idiofon yang menghasilkan bunyi melalui tindak balas melalui rangka yang bergema.
Struktur muzik pula terbahagi kepada enam bahagian iaitu melodi iaitu irama sesutu lagu yang boleh dihasilkan dari arah atas ke bawah atau sebaliknya, ritma iaitu nada tetap yang menggerakkan sesuatu lagu dan mempunyai detik yang berkala, harmoni iaitu bunyi yang dihasilkan melalui ton muzik, bentuk iaitu susunan unsur-unsur muzik yang boleh berlaku pengulangan seperti A, A, B, A, notasi pula adalah simbol bertulis yang akan memberitahu bunyi pendek dan panjang pada sesuatu simbol itu dan ekspresi ialah melibatkan mood dan oerasaan yang mengikut tempo.
Sesi P&P yang dijalankan amat menarik kerana contoh-contoh yang dipersembahkan berbentuk tayangan akan memberi kesan ingatan jangka panjang. Secara keseluruhannya, muzik tradisional bukanlah sesuatu yang membosankan kerana banyak perkara yang dapat kita pelajari dan aplikasikan jika benar-benar berminat untuk mempelajarinya. Muzik begini juga jika dihayati memberikan rasa tenang dan menimbulkan satu semangat untuk mempelajari warisan nenek moyang agar tidak terus berkubur di bawa arus zaman.
Sekian, terima kasih.
1 comments:
tahniah..rekleksi jurnal yang agak baik..
kalo ditambah dengan video atau gambar ianya akan menjadi lebih menarik..
Post a Comment