Saturday, July 31, 2010

MINGGU 3 : JURNAL REFLEKSI

Assalamualaikum... Salam sejahtera...

Kuliah bagi minggu 3 adalah kuliah pertama saya bagi subjek SMP 2252 ini.  Sudah banyak rasanya ketinggalan dari rakan-rakan sekuliah yang lain.  Dua jam kuliah nyata terasa begitu cepat berlalu kerana kuliah yang di sampaikan menarik dengan kepelbagaian kadah yang digunakan oleh pensyarah untuk memastikan pelajar tidak berasa bosan selama kuliah berjalan.  Istilah-istilah baru banyak diperdengarkan oleh En. Amran kepada kami.   

Kuliah minggu 3 telah membincangkan kaedah untuk mengklasifikasikan muzik tradisional, kategori muzik tradisional di Malaysia dan juga ciri-ciri muzik tradisional di Malaysia.  Konsep adaptational atau penyesuaian dan juga   idiosyncratic iaitu mengekalkan bentuk asal seperti alat permainan gambus yang dimainkan oleh dua negara yang berbeza tetapi masih lagi mempunyai kestabilan unsur dan pengekalan bentuk asal.  Selain itu, kuliah pada kali ini juga mengklasifikasikan alat muzik mengikut negara asal seperti Cina, India dan juga masyarakat Barat.  Muzik barat pula telah dibahagikan 3 kategori bagi alat muzik mereka iaitu perkusi, bertali dan juga tiupan.  

Dalam kuliah ini juga saya telah didedahkan pertembungan muzik tradisional dengan dua tradisi yang berbeza iaitu tradisi besar yang merujuk kepada golongan istana atau pun bangsawan dengan tradisi kecil yang merujuk kepada rakyat biasa yang terdiri daripada orang-orang kampung.  Sesetengah muzik boleh dimainkan dan dipertontonkan kepada tradisi kecil walaupun pada awalnya ia berasal dari tradisi besar.  Seiring dengan peredaran zaman, kini rakyat biasa sudah ramai menceburkan diri dalam sebarang muzik tradisional yang jika dibiarkan mungkin akan terus dilupakan oleh masyarakat kita.

Saya juga dapat mengetahui mengenai ciri-ciri muzik tradisional yang terdiri daripada seni lakon, tarian utama, ensemble genderang dan vokal dan instrumental solo.  Beberapa sesi tayangan video yang melibatkan jenis-jenis muzik tradisional telah dipertontonkan bagi mengukuhkan teori pembelajaran.

secara kesimpulannya, identiti muzik tradisional Malaysia perlu dikekalkan supaya generasi akan datang dapat mewarisi dan mengamalkannya sebagai khazanah negara yang boleh membawa nama negara ke mata asing.  Walaupun timbul pelbagai konflik mengenai identiti muzik tradisional kita, perkara ini tidak dapat menghalang masyarakat kita untuk terus mempersembahkan darah seni yang ada dalam diri mereka.  


ALAT PERMAINAN

REBAB
GAMBUS


GENDANG NOBAT


JENIS MUZIK TRADISIONAL

DRAMA TARI MAK YONG. WATAK PERAN YANG MENGHIBURKAN




DONDANG SAYANG - MELAKA

GHAZAL
p/s : picture kredit to Google

1 comments:

SMP 2252 MUNIRAH on August 1, 2010 at 6:53 AM said...

good work..

Post a Comment

 

BLOG PELAJAR KUMP.A

BLOG PELAJAR KUMP.D

BLOG PELAJAR KUMP.C

SMP2252 DILLAH Copyright © 2009 WoodMag is Designed by Ipietoon for Free Blogger Template