Minggu ini kami dipersembahkan dengan dua lagi kumpulan pembentangan yang membentangkan Muzik Tradisional Opera Cina dan juga Muzik Sabah dan Sarawak. Sebelum ini pengetahuan mengenai muzik opera Cina sudah ada tetapi tidak mendalami seperti alat muzik da juga kostum. Begitu juga dengan muzik Sabah dan Sarawak. Pembentangan dari kumpulan Opera Cina merupakan pembentangan kali kedua. Kumpulan pembentangan Opera Cina menyentuh mengenai pengaruh kedatangan opera Cina ke Tanah Melayu, alat-alat muzik, cara seni persembahan, falsafah yang terdapat dalam kostum dan seni dalam Opera Cina. Pembentangan kesemua ahli kumpulan memuaskan tetapi 2 ahli yang paling menyerlah yang dapat menghuraikan hasil kerja dengan yakin dan saya kira mereka berjaya menguasai tajuk pembentangan mereka pada kali ini. ialah pembentang pertama dan ketiga. Kefahaman yang tinggi mengenai tajuk pembentangan membuatkan mereka boleh menerangkan dengan terperinci setiap isi kandungan tugasan. Menarik juga bila mereka mempersembahkan mengenai wayang Po Te Hi iaitu satu seni wayang yang menggunakan tangan untuk menggerakkan anak patung yang dilukis menyerupai manusia dan dipersembahkan dengan iringan muzik seperti Opera Cina. Saya kira, pembentangan akan jadi lebih memikat jika mereka mengupas dengan lebih mendalam mengenai wayang ini. Sesi pembentangan turut di meriahkan lagi dengan video persembahan Opera Cina dan juga video temuramah ketika mereka menjalankan kajian lapangan.
Sesi seterusnya adalah pembentangan mengenai muzik Sabah dan Sarawak. Kumpulan ini membincnagkan mengenai sejarah dan kedatangan muzik di Sabah dan Sarawak. Antara muzik yang di persembahkan adalah Ngajat, Daling-Daling, Sumazau dan lain-lain. Keseluruhannya, pembentangan ini kurang menarik dan banyak perkara tidak disentuh mengenai muzik Sabah dan Sarawak. Info yang dipaparkan juga tidak terkini. Yang menjadikan pembentangan ini sedikit menarik apabila tiba bahagian untuk memperkenalkan jenis alat muzik kerana terdapat alat muzik yang di mainkan di Sabah dan Sarawak menggunakan nama lain tetapi di Semenanjung dikenali dengan nama lain.
Sekian, terima kasih.
0 comments:
Post a Comment